Gelaran jawatan Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Gelaran jawatan seperti "presiden", "raja" atau "maharaja" ditulis dengan huruf besar sewaktu diguna sebagai gelaran, tetapi ditulis dengan huruf kecil sewaktu diguna secara umum; umpamanya, "Presiden Bush", bukannya "presiden Bush". Bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan nama rasmi untuk jawatan, ia dianggap sebagai kata nama khas; umpamanya, Bush adalah Presiden Amerika Syarikat, bukannya "Bush adalah presiden Amerika Syarikat. Serupanya, "Louis XVI adalah raja untuk negara Perancis, tetapi "Louis XVI adalah Raja Perancis" kerana "Raja Perancis merupakan gelaran jawatan dalam konteks ini. Sebegitu juga bagi jawatan-jawatan bersejarah: "Maximilian adalah maharaja untuk Mexico dari tahun X hingga Y". "Maximilian adalah Maharaja Mexico dari tahun X hingga Y". (Rujukan: Manual Gaya Chicago edisi ke-14, perenggan 7.16; Manual Gaya Guardian, kata kunci "gelaran-gelaran".) Pengecualian kemungkinan akan tertimbul untuk jawatan-jawatan tertentu.

Ingatlah bahawa dalam kes 'perdana menteri', kedua-dua huruf pertama harus mengguna huruf besar ataupun huruf kecil bersama-sama, kecuali kalau ayat bermula dengan 'perdana'. Sama juga, sekiranya perkataan 'perdana menteri' diguna secara am, gelaran jawatan harus bermula dengan huruf kecil. Apabila rujukan dibuat ke atas jawatan yang tertentu, huruf besar biasa dipergunakan; umpamanya, "terdapatnya ramai perdana menteri di seluruh dunia", akan tetapi "Perdana Menteri Britain, Tony Blair, hari ini berkata..."